Semalam Perdana Menteri mengumumkan langkah kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi negara. Persoalannya, apa yang rakyat biasa faham dari langkah-langkah yang diumumkan itu.
Saya berpendapat, langkah-langkah yang diumumkan itu terlalu umum dan tidak meletakkan sesuatu yang pasti boleh dicapai secara terperinci.
1. Mempergiatkan promosi kempen beli barangan 'Buatan Malaysia' dan meningkatkan kekerapan serta memanjangkan tempoh operasi jualan mega.
Persoalan: Ekonomi gawat.. maka rakyat dinasihatkan untuk lebih berjimat. Bolehkan langkah seperti ini disambut oleh rakyat.
2. Mempergiatkan promosi kempen pelancongan domestik
Persoalan: Jika anda ke pusat pusat pelancongan di seluruh Malaysia ketika cuti sekolah atau musim cuti perayaan, semua lokasi seperti Port dickson, Langkawi dan lain-lain dipenuhi oleh rakyat tempatan sehingga untuk menempah hotel penginapan menjadi satu cabaran yang besar. Adakah selama ini pelancong tempatan asyik melancong ke luar negara. Jawapannya TIDAK! Jadi apakah kebaikan tambahan yang boleh diperolehi dari rancangan ini,
3.Mengalakkan GLC dan GLIC untuk melabur didalam negara. GLC and GLIC juga memperuntukan 30% perbelanjaan tahunan mereka untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan kepada pengeluar PKS.
Persoalan: Adakalah selama ini mereka tidak membuat perolehan bekalan dan perkhidmatan daripada pengeluar PKS. Ini mendedahkan betapa GLC & GLIC selama ini tidak menjalan kan tanggungjawab dengan baik. matlamat agar 30% dari jumlah peruntukan tahunan untuk tujuan berkenaan boleh juga dianggap terlalu kecil
4. Kerajaan akan mengoptimumkan perbelanjaan keatas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis, serta perkhidmatan professional dan diramal akan menjimatkan RM1.6 billion
Persoalan: Kontra dengan perancangan nombor 3 diatas. badan badan kerajaan selama ini banyak membantu pengeluar PKS dari segi perolehan dan pembekalan. Bila badan kerajaan berjimat, PKS akan menghadapi masalah. Boleh kah diumpamakan..badan kerajaan berjimat sementara GLC/GLIC menambah peruntukan untuk PKS. Hasilnya adalah seri 0-0
Dalam pada itu, bagaimana penjimatan RM1.6 dapat diketahui. Adakah begitu banyak yang akan dibelanjakan untuk penganjuran majlis serta perkhidmatan professional. Jika 'YA' , maka hairan lah rakyat biasa apa kah majlis-majlis yang telah dirancang itu dan mengapa perkhidmatan prefessional luar diperlukan. Adakah jumlah kakitangan awam yang ramai itu tidak berkemahiran hingga memerlukan khidmat professional.
4. Penangguhan PLKN 2015 - tiada persoalan untuk langkah ini kerana ia sama sekali dapat menjimatkan wang negara secara pasti.
5.Mengkaji semula pemberian geran kepada badan berkanun, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan. Jimat RM3.2 billion
Persoalan: Semakin berkurang lah perbelanjaan mereka maka proses ekonomi semakin perlahan.
Saya berpendapat, langkah yang diumumkan terlalu subjektif. Rakyat biasa mengharapkan sesuatu yang pasti dan sekaligus boleh membantu kehidupan seharian mereka. Bukannya menyuruh rakyat berbelanja lagi seperti langkah nombor 1 diatas. Jika ini sahaja yang mampu diumumkan... rakyat akan terus bertanya.. apa akan jadi kepada kami yang bukan peniaga PKS dan hanya makan gaji bulanan.
Saya merasakan jika langkah seperti dibawah ini diambil, rakyat akan merasakan kerajaan lebih berlaku adil untuk semua
1. Potong Gaji Menteri dan Timbalan Menteri 10%
2. Mansuhkan elaun tidak berkaitan untuk pegawai pegawai JUSA kerajaan contohnya elaun pembantu rumah, elaun elektrik, elaun tukar tayar kereta kerana semua itu tiada kaitan dengan pekerjaan mereka di pejabat.
3. menghentikan pengambilan baru kakitangan kerajaan untuk tempoh 2-3 tahun akan datang. Jumlah yang ada sekaranag sebenarnya berlebihan. Pergilah ke pejabat kerajaan dan lihatlah betapa kecilnya skop kerja mereka berbanding pekerja yang bekerja di Syarikat Swasta
Hakikatnya, perancangan harus lebih pada cara perbelanjaan kerajaan itu sendiri. Dengan cara itu, rakyat akan pasti lebih menerima apa yang cuba disampaikan. Kalau hari ini anda pergi bertanya rakyat biasa... yang diumumkan semalam adakah bagus.. percayalah lebih ramai yang terpinga pinga dari merasa taksub dengan apa yang dirancang.
Oleh itu Kerajaan Harus Berfikir
kerajaan
akan mempergiatkan promosi kempen membeli barangan ‘Buatan Malaysia’
serta meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega
di seluruh negara - See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-umum-langkah-kukuh-ekonomi-1.50474#sthash.ctiijUkB.dpuf
kerajaan
akan mempergiatkan promosi kempen membeli barangan ‘Buatan Malaysia’
serta meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega
di seluruh negara - See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-umum-langkah-kukuh-ekonomi-1.50474#sthash.ctiijUkB.dpuf
kerajaan
akan mempergiatkan promosi kempen membeli barangan ‘Buatan Malaysia’
serta meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega
di seluruh negara - See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-umum-langkah-kukuh-ekonomi-1.50474#sthash.ctiijUkB.dpuf
No comments:
Post a Comment